Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.
Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.
*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.
Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.
Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Coklat kosong | Coklat susu | |
Tenaga | 511 kcal | 514 kcal |
Lemak | 32.3 g | 29.0 g |
Protein | 4.1 g | 8.1 g |
Karbohidrat | 51.9 g | 56.1 g |
Zat Besi | 2.3 mg | 0.8 mg |
Kalsium | 29.0 mg | 233.0 mg |
Tiamin | 0.04 mg | 0.09 mg |
Riboflavin | 0.02 mg | 0.3 mg |
Niasin | 0.4 mg | 0.4 mg |
Vitamin A | 22.0 mg | 84.0 |